Tanda Bateri Kereta Lemah: Alamak, Apa Kena Buat? 

tanda bateri kereta lemah

Jika anda pemilik kereta, terdapat pelbagai yang perlu diambil tahu supaya bersedia jika terdapat kecemasan. Salah satunya adalah mengetahui tentang tanda bateri kereta lemah.

Ini adalah satu perkara yang sangat penting untuk mengelak berlakunya kerosakkan kerana ia boleh menyebabkan anda banyak habiskan duit untuk mengatasi masalah tersebut.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa tanda bateri kereta lemah dan juga cara untuk jumper kereta anda sekiranya kereta anda mati.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah.

Tanda Bateri Kereta Lemah

tanda bateri kereta lemah

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda 3 tanda utama bateri kereta lemah yang anda boleh maklum. Jika terdapat tanda-tanda ini, sila ke bengkel untuk pemeriksaan.

1. Lampu Amaran Menyala

Tanda bateri kereta lemah yang pertama adalah lampu amaran menyala. Ia akan menyala di dashboard jika bateri kereta anda rosak atau perlu ditukar.

Anda perlu lihat kepada simbol bateri anda dan status yang dipaparkan. Jika ia berkelip-kelip, ia bermaksud terdapat masalah dan merupakan tanda bateri kereta lemah.

Anda perlu mengambil amaran ini dengan serius dan tukar bateri kereta dengan segera kerana ia boleh menyebabkan kereta mati pada bila-bila masa sahaja .

2. Kereta Tidak Dapat Dihidupkan

Tanda bateri kereta lemah yang seterusnya adalah kereta anda tidak boleh dihidupkan lagi dengan diri sendiri.

Apabila anda sedang mencuba untuk menghidupkan kereta anda, ia tidak akan berjaya kerana bateri anda tidak mampu untuk melakukan proses ini kerana ia sudah lemah.

Anda boleh ke bengkel untuk pastikan jika bateri kereta anda perlu ditukar atau tidak.

3. Alarm Kereta Bunyi Secara Rawak

Tanda bateri kereta lemah terakhir adalah jika alarm kereta anda bunyi secara rawak atau secara tiba-tiba dengan kerap. Jika ia selalu berlaku, anda dinasihatkan untuk ke bengkel.

Ini berlaku ke atas sesetengah jenama kereta dan merupakan tanda besar bahawa bateri kereta sudah menghampiri masa untuk rosak.

Baca Juga:

Cara Nak Tahu Bateri Kereta Kong

Cara Jumper Bateri Kereta Lemah

tanda bateri kereta lemah

Jika bateri kereta anda mati dan anda ingin menghidupkannya dengan segera, anda boleh menggunakan kaedah jumper kereta. Ia membolehkan anda untuk membawanya balik untuk seketika.

Namun, anda dinasihatkan untuk ke bengkel walaupun anda berjaya menghidupkannya kerana ia adalah tanda bateri kereta lemah.

Berikut adalah cara untuk jumper kereta:

  • Letakkan Kedua-dua Kereta Berdekatan

Perkara pertama sebelum anda memulakan cara jumper bateri kereta , pastikan kedua-dua kereta iaitu kereta mati dan kereta bantuan berdekatan supaya senang untuk melakukan proses ini.

Matikan enjin kedua-dua kereta anda buka bonet.

  • Menyambung Kabel Merah 

Pastikan kabel jumper merah disambungkan ke terminal positif (+) kereta bantuan sebelum anda sambung ke kereta mati.

Kemudian, sambungkan kabel jumper yang lain ke terminal positif kereta anda untuk memastikan proses ini boleh berlaku dengan betul.

  • Menyambung Kabel Hitam

Selepas selesai menyambung kabel jumper merah, anda perlu menyambung kabel hitam pada terminal negatif (-) kereta bantuan.

Sesudah itu, sambungkan klip kabel jumper ke logam pada kereta untuk mulakan pengecasan.

  • Enjin Kereta Bantuan Dihidupkan

Pastikan enjin kedua-dua kereta ditutup sekurang-kurangnya selama 3 minit. Selepas itu, hidupkan enjin kereta bantuan selama 1 minit.

  • Enjin Kereta Mati Dihidupkan

Cuba untuk menghidupkan enjin kereta yang mati tadi untuk menguji jika proses tersebut berjaya atau tidak. Pada masa ini, biarkan kedua-dua kereta hidup selama 10 minit.

  • Pastikan Enjin Kedua-dua Kereta Mati dan Cabut Kabel Jumper

Sebelum cabut kabel jumper, pastikan enjin kedua-dua kereta dimatikan. Cabutkan kabel mengikut arah berlawanan yang anda mengikuti semasa memasangnya.

Cabutkan semua kabel dengan memulakan di kereta rosak supaya berlainan dengan cara anda memasang pada awal proses ini.

  • Cuba Menghidupkan Enjin Kereta Mati

Pada masa ini, kereta yang mati tadi sepatutnya boleh digunakan balik. Anda boleh mencuba untuk menghidupkan kereta supaya dapat melihat keberkesanan cara jumper bateri kereta yang anda ikuti.

Kesimpulannya, mengambil tahu tentang tanda bateri kereta lemah sangat penting supaya anda bersedia sekiranya terdapat masalah.

Langkah-langkah awal dapat dilakukan apabila menyedari bateri kereta dalam masalah. Kerana, kita tidak lari untuk lupa mengambil berat masalah-masalah kereta.

Jika anda mencari kedai kereta yang menyelesaikan 1001 masalah, kami mencadangkan anda memilih Faisal Battery !

Kami  merupakan syarikat berasaskan teknologi yang bertujuan memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan.

Antara jenis bateri kereta yang boleh didapati di Faisal Battery adalah seperti berikut:

Faisal Battery menyediakan lebih dari 35 jenis bateri yang anda boleh pilih untuk kereta anda. Jika anda mencari yang sesuai, sudah pasti anda boleh jumpa di sini!

Selain dari sebab-sebab di atas, ini juga merupakan sebab lain anda perlu memilih kami:

  • Repeat customers yang ramai.
  • 15 minit siap.
  • Respon yang pantas

Leave a Comment

Scroll to Top