Lampu Amaran Maksud Simbol Pada Meter Kereta

Lampu Amaran, Maksud Simbol Pada Meter Kereta

Satu perkara yang setiap pemandu kereta perlu tahu adalah lampu amaran yang memberi maksud melalui meter kereta.

Jika anda pernah memandu kereta, anda akan tahu bahawa terdapat beberapa lampu amaran pada meter kereta yang akan menyala jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kereta.

Setiap simbol pada kereta ini sangat penting dan perlu difahami oleh pemandu supaya anda boleh memandu kereta dengan selamat.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang lampu amaran maksud simbol pada meter kereta.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

15 Simbol Pada Meter Kereta

Sesetengah simbol dalam kereta anda lebih mudah difahami daripada yang lain, seperti simbol handbrake dan simbol minyak.

Namun, anda perlu mengetahui dengan tepat maksud kesemua lampu amaran ini sekiranya anda perlu berhenti dan meminta bantuan.

1. Isyarat Lampu Tinggi

Maksud Simbol Pada Meter Kereta

Isyarat ini menandakan anda sedang menggunakan lampu tinggi atau high beam. Lampu ini hanya perlu digunakan apabila anda memandu di jalan yang gelap seperti jalan kampung.

2. Isyarat Keselamatan

Maksud Simbol Pada Meter Kereta

Sistem ini akan diaktifkan kerana ancaman keselamatan atau malfungsi dan kereta anda tidak boleh dihidupkan.

3. Isyarat Airbag

Maksud Simbol Pada Meter Kereta

Lampu amaran maksud simbol pada meter kereta ini bermakna terdapat masalah dengan airbag anda atau sistem airbag tersebut. Pastikan anda menghantar kereta anda untuk diperiksa.

4. Simbol Minyak Kereta

Maksud Simbol Pada Meter Kereta

Simbol ini merupakan simbol yang paling common dan mudah difahami. Ia bermaksud kereta anda kurang minyak. Jika ia menyala, anda perlu mengisi minyak dengan segera.

5. Amaran ABS (Anti-lock Brake System)

lampu amaran ABS

Lampu amaran maksud simbol pada meter kereta ini akan menyala jika terdapat masalah dengan sistem brek anti-lock anda.

Apabila anda brek dengan kuat, ABS ini akan menekan brek anda untuk mengelakkan tayar anda daripada terkunci.

6. Kawalan Penstabil Kenderaan

Maksud Simbol Pada Meter Kereta

Simbol ini bermaksud kawalan penstabil kenderaan anda sedang diaktifkan. Ia akan diaktifkan apabila ia mendapati salah satu tayar anda berputar lebih laju dari yang lain.

Oleh itu, kawalan penstabil kenderaan ini akan menggunakan brek untuk perlahankan kereta sehingga pergerakan kereta anda lebih stabil.

7. Amaran Tekanan Tayar

lampu amaran tekanan tayar

Amaran tekanan tayar, atau dikenali sebagai Tire Pressure Monitoring System (TPMS) akan menyala jika terdapat masalah dengan tekanan tayar anda.

Memandu dengan tekanan tayar yang terlalu tinggi atau terlalu rendah sangat berbahaya. Jadi, anda digalakkan untuk berhentikan kereta dan mengisi atau kurangkan angin tayar.

8. Amaran Suhu Enjin

lampu amaran suhu enjin

Lampu amaran ini akan menyala jika suhu enjin anda terlebih panas. Jika lampu amaran ini menyala, anda perlu menutup aircond kereta anda terlebih dahulu.

Kemudian, berhentikan kereta dan tutup enjin serta biarkan kereta anda sejuk selama 15 minit. Jika tidak, haba tersebut boleh merosakkan enjin kereta anda.

9. Amaran Paras Minyak Hitam

lampu amaran paras minyak hitam

Jika simbol ini menyala, ia bermakna terdapat kekurangan minyak hitam dalam enjin atau terdapat masalah pada sensor tekanan minyak.

Ia juga akan menyala jika pam minyak anda tidak mengedarkan cecair yang mencukupi untuk melincirkan permukaan dalam enjin anda dengan betul.

Berhentikan kereta anda, tutup enjin dan periksa paras minyak hitam anda menggunakan dipstick minyak. Jika kurang, tambahkan minyak hitam anda.

10. Amaran Enjin

lampu amaran enjin

Lampu amaran maksud simbol pada meter kereta ini bermakna terdapat penutup gas yang terbuka, longgar atau retak, ataupun tekanan minyak yang rendah dan overheating.

Jika simbol ini berkelip, anda perlu berhentikan kereta dengan segera kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada enjin anda.

11. Amaran Bateri

lampu amaran bateri

Simbol amaran bateri ini akan menyala apabila bateri kereta anda lemah. Jika bateri anda lemah, anda perlu mengecas semula atau beli bateri yang baru.

Artikel Berkaitan

Tanda Bateri Kereta Lemah: Alamak, Apa Kena Buat? 

12. Amaran Tali Pinggang Keledar

lampu amaran tali pinggang keledar

Jika anda tidak memasang tali pinggang anda, simbol ini akan menyala.

Terdapat sesetengah kereta yang dilengkapi dengan isyarat bunyi jika pemandu belum memasang tali pinggang setelah menggerakkan kereta.

13. Isyarat Lampu Kabus

Maksud Simbol Pada Meter Kereta

Isyarat ini menunjukkan lampu kabus anda diaktifkan. Lampu ini hanya perlu digunakan jika jarak penglihatan anda kurang daripada 100m.

14. Lampu Amaran Handbrake

lampu amaran handbrake

Jika anda tidak menurunkan handbrake apabila anda memandu, isyarat ini akan menyala.

Tetapi jika ia masih menyala walaupun anda sudah menurunkannya, ia mungkin disebabkan kereta anda kekurangan minyak brek.

Oleh itu, anda perlu membawa kereta anda ke bengkel dengan segera.

15. Amaran Paras Air Wiper Rendah

lampu amaran paras air wiper rendah

Simbol ini akan menyala apabila paras air wiper anda rendah. Jika ia berlaku, anda perlu topup air tersebut.

Kesimpulannya, lampu amaran maksud simbol pada meter kereta sangat penting untuk difahami supaya anda boleh memandu dengan selamat.

Jika anda mencari kedai kereta yang sesuai untuk anda, kami mencadangkan anda memilih Faisal Battery!

Kami merupakan syarikat berasaskan teknologi yang bertujuan memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan.

Antara jenis bateri kereta yang boleh didapati di Faisal Battery adalah seperti berikut:

  • AMARON HILIFE NS60L/R
  • BANNER RUNNING BULL AGM DIN60
  • CENTURY ROADMASTER NS40ZL

Faisal Battery menyediakan lebih dari 35 jenis bateri yang anda boleh pilih untuk kereta anda. Jika anda mencari yang sesuai, sudah pasti anda boleh jumpa di sini!

Selain dari sebab-sebab di atas, ini juga meruapakan antara sebab lain anda perlu memilih kami:

  • 7 tahun pengalaman dalam penggantian dan pemasangan bateri kereta.
  • Repeat customers yang ramai.
  • 15 minit siap.
  • Respon yang pantas

Apa lagi anda tunggu? Sila layari laman web kami di sini untuk hubungan lanjut.

Leave a Comment

Scroll to Top