Kereta Rosak Tepi Jalan? Apa Patut Saya Buat?

kereta rosak tepi jalan

Insiden kereta rosak tepi jalan ni antara situasi yang paling orang harapkan tidak berlaku sebab ia sangat mencemaskan dan ramai yang tidak tahu nak buat apa dalam situasi macam itu. 

Biasanya, orang akan mula panik dan fikir macam-macam seperti punca kereta rosak, kos untuk baiki kereta dan sebagainya. 

Namun, anda tidak perlu risau. Sekiranya anda berdepan dengan situasi macam ini, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk pastikan kereta anda selamat.

Dalam artikel ini, kami akan terangkan kepada anda tentang sebab-sebab utama kereta rosak atas jalan serta 5 langkah anda boleh ambil jika kereta rosak tepi jalan.

Nak tahu dengan lebih lanjut? Teruskan membaca!

5 Sebab Utama Kereta Rosak Atas Jalan

  • Spark Plug Rosak

spark plug rosak

Salah satu sebab kenapa kereta rosak tepi jalan adalah spark plug yang rosak. Spark plug memainkan peranan yang penting dalam memastikan kereta anda berjalan.

Ia berfungsi untuk hasilkan percikan api supaya bahan api   dalam sistem pembakaran dalaman enjin bercampur dengan udara. 

Kerosakan spark plug juga boleh dikesan melalui beberapa tanda seperti minyak cepat habis, bunyi enjin yang kuat, pecutan kereta kurang power dan enjin kereta tak berjalan dengan lancar.

  • Kerosakan Fuel Pump

Kereta rosak tepi jalan juga boleh berlaku disebabkan oleh fuel pump yang rosak. Fuel pump ini berfungsi untuk mengepam minyak ke enjin kereta.

Biasanya, bunyi fuel pump yang seakan-akan degungan apabila anda pusingkan kunci kereta sebelum anda start kereta merupakan tanda kerosakan fuel pump.

  • Bateri Kereta Mati/Rosak

bateri kereta mati

Antara punca kereta rosak tepi jalan adalah bateri kereta mati atau rosak. Disebabkan itu, alternator kereta terpaksa bekerja lebih keras untuk memastikan enjin masih berjalan.

Apabila alternator bekerja terlalu kuat untuk masa yang lama, ia akan menyebabkan tekanan yang lebih banyak pada enjin lalu kereta anda akan mati secara tiba-tiba.

Bateri kereta biasanya boleh bertahan hingga dua tahun. 

Jika anda ingin elak kereta rosak tepi jalan, pastikan anda ambil tahu tentang tarikh terakhir anda tukar bateri serta peka dengan tanda-tanda bateri kereta anda kemungkinan rosak.

  • ECU Rosak

Komponen elektronik utama kereta adalah Engine Control Unit (ECU) yang merupakan komponen penting yang berfungsi sebagai pusat kawalan.

Jika ECU anda tidak berfungsi, berkemungkinan besar kereta rosak tepi jalan. 

Tanda-tanda kerosakan ECU adalah seperti kuasa enjin berkurang, enjin tak boleh bergerak, kereta anda susah nak dihidupkan dan lampu check enjin yang menyala.

  • Alternator Rosak

alternator rosak

Alternator yang rosak juga boleh menyebabkan kereta anda mati tiba-tiba. Alternator berfungsi untuk mengecas bateri dan sebagai sumber kuasa elektrik bagi sistem elektronik dalam kereta anda.

Menukar kepada bateri baru juga takkan menyelesaikan masalah ini jika anda tidak membaiki alternator kerana alternator yang rosak takkan dapat mengecas semula tenaga yang digunakan.

5 Langkah Jika Kereta Rosak Tepi Jalan

  • Hentikan Kereta di Lokasi yang Selamat

Jika anda perasan ada benda yang tidak kena dengan kereta anda, perlahankan kereta dan berhenti di bahu jalan dengan selamat. 

Kalau boleh, berhenti di kawasan yang tumpuan ramai seperti stesen minyak. Pastikan anda berhenti di tempat yang mudah dilihat dan tidak terlindung dari pemandangan pemandu lain.

Kemudian, maklumkan kepada ahli keluarga atau kenalan anda lokasi yang anda berhentikan kereta supaya mereka boleh cari anda jika perlu.  

Lokasi anda boleh dikenal pasti melalui apa-apa sign board di kawasan tersebut, persimpangan jalan yang berhampiran atau sebarang penanda aras.

  • Pastikan Kereta Boleh Dilihat

kereta rosak tepi jalan

Setelah berhenti di tepi jalan, pastikan kereta anda tidak terlindung dan boleh dilihat oleh pemandu lain. 

Langkah-langkah untuk memastikan kereta anda boleh dilihat oleh pemandu lain:

  • Nyalakan lampu hazard – sebagai amaran pada pemandu lain yang kereta anda sedang rosak
  • Letakkan segi tiga amaran (45 meter dari arah belakang kereta) – memberi amaran bahawa ada kerosakan di hadapan bagi pemandu lain
  • Buka bonet depan kereta – sebagai isyarat kereta anda rosak
  • Pakai jaket pantul cahaya – bantu pemandu lain untuk melihat anda
  • Kenalpasti Masalah

Kenalpasti masalah atau kerosakan kereta anda dengan melakukan pemeriksaan pada kereta:

  • Lihat – perhatikan jika ada sebarang kerosakan seperti enjin berasap, lampu amaran/berkelip-kelip atau minyak hitam bocor dan sebagainya
  • Dengar – kenal pasti bunyi pelik yang keluar dari kereta anda
  • Bau – bau hangit dan terbakar menandakan ada masalah dengan enjin
  • Dapatkan Bantuan

kereta rosak tepi jalan

Segera dapatkan bantuan untuk membantu anda dengan kereta anda. Anda boleh menghubungi Faisal Battery untuk membaiki kerosakan yang berlaku pada kereta anda.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca kereta anda tiba-tiba mati ketika memandu serta beberapa langkah yang anda boleh ambil jika kereta rosak tepi jalan.

Jika anda mencari kedai kereta untuk membaiki kereta anda, kami mencadangkan anda memilih Faisal Battery! 

Kami merupakan syarikat berasaskan teknologi yang bertujuan memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan. 

Antara jenis bateri kereta yang boleh didapati di Faisal Battery adalah seperti berikut: 

  • AMARON HILIFE NS60L/R 
  • BANNER RUNNING BULL AGM DIN60 
  • CENTURY ROADMASTER NS40ZL 

Faisal Battery menyediakan lebih dari 35 jenis bateri yang anda boleh pilih untuk kereta anda. Jika anda mencari yang sesuai, sudah pasti anda boleh jumpa di sini! 

Selain dari sebab-sebab di atas, ini juga meruapakan antara sebab lain anda perlu memilih kami: 

  • 7 tahun pengalaman dalam penggantian dan pemasangan bateri kereta. 
  • Repeat customers yang ramai. 
  • 15 minit siap. 
  • Respon yang pantas 

Tunggu apa lagi? Layari laman web kami di sini untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Scroll to Top