jenis bateri kereta

Jenis Bateri Kereta dan Jenama Yang Terbaik Tahun Ini

Sebagai pemilik kereta, terdapat banyak perkara yang anda perlu ambil tahu seperti jenis bateri kereta.  

Jika berlaku masalah atau kecemasan pada kereta, anda tidak akan panik. Oleh itu, jangan ambil remeh perkara ini.

Melalui artikel ini, kami akan berkongsi tentang jenis bateri kereta dan juga jenama yang terbaik pada tahun ini.  

Jenis Bateri Kereta

jenis bateri kereta

Secara amnya, terdapat dua jenis bateri kereta. Kedua jenis bateri ini mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. 

  1. Bateri Basah/Wet Battery

Jenis bateri kereta yang pertama adalah bateri basah atau wet battery. Biasanya terdapat pada kereta-kereta lama. 

Bateri ini memerlukan penyelenggaraan berkala (biasanya 4-6 minggu sekali) bagi penambahan air suling ke dalam bateri. 

Oleh itu, air bateri mesti sentiasa diperiksa agar berada di tahap yang ditetapkan untuk mengelakkan berlaku kerosakan. 

Dari segi harga jualan, sesuai bagi mereka yang ingin berjimat kerana jauh lebih murah berbanding jenis bateri kering. 

  1. Bateri Kering/Dry Cell Battery

Bateri kering atau dikenali Maintenance Free merupakan sejenis bateri kereta yang tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan.  

Ia lebih mudah kerana tidak perlu diisi dengan air suling seperti bateri basah.

Anda tidak perlu risau dan hanya periksa jika merasakan terdapat masalah. Jenis bateri kereta ini biasanya tahan selama 2-3 tahun.

Setelah bateri anda mencapai usia ini, anda dinasihatkan ke bengkel untuk cek kesihatan bateri kereta anda. 

Bateri Kereta Terbaik 

jenis bateri kereta

Di bahagian ini, kami akan mencadangkan kepada anda beberapa pilihan bateri kereta yang anda boleh dapat di kebanyakkan kedai di Malaysia.

  1. Bosch Battery NS60LS Car Battery

Jenis bateri kereta yang pertama adalah bateri yang dibuat oleh Bosch. Bateri kereta ini sesuai untuk kereta model seperti

  • Honda Accord
  • Proton Waja 
  • Toyota Vios

Ia mempunyai teknologi anti tumpah yang akan mengelakkan berlakunya kehilangan air. Ini membantu untuk memanjangkan jangka hayat bateri tersebut.

  1. Yokohama Gold NS60S Car Battery 

Bagi mereka yang mencari bateri lokal, bateri jenama Yokohama merupakan pilihan yang sangat baik terutamanya bagi yang menggunakan kereta Proton.

Selain kereta lokal, ia juga boleh digunakan untuk kereta seperti Nissan, Honda dan Toyota.

Merupakan bateri maintenance free yang memastikan anda tidak perlu risau untuk menjaganya dan tidak perlu tambah air bateri. 

  1. Varta Black Dinamik Car Battery NS40ZL

Bateri jenama ini merupakan salah satu bateri yang sangat premium dan mengikuti standard tertinggi Eropah.

Sesuai untuk pelbagai model kereta sama ada kereta model lama atau baru seperti:

  • Honda City
  • Honda Jazz
  • Viva
  • Alza
  • Axia

Walaupun harga lebih mahal berbanding jenis lain, ia pilihan yang berbaloi kerana kualiti yang tinggi, tahan lama dan mudah penggunaannya. 

  1. Amaron Go NS40 38B20L Car Battery

Bateri jenama Amaron Go antara bateri yang terbaik dan mesra untuk kereta buatan Malaysia.

Bateri ini direka khas bagi kenderaan yang menggunakan kuasa elektrikal yang agak rendah.  

Antara kereta-kereta yang sesuai menggunakan bateri ini:

  • Kancil
  • Kelisa 
  • Kembara
  • Honda Jazz
  • Alza
  • Axia
  • Myvi
  1. GePRO WET Car Battery NS40ZL

Jenis bateri kereta yang terakhir adalah bateri GePRO Wet yang dikilangkan di Jepun iaitu negara matahari terbit yang terkenal dengan produk automotif yang berkualiti.

Oleh itu, tiada keraguan tentang kualiti walaupun harga adalah murah.  Menjadi pilihan yang sangat tepat untuk kereta-kereta seperti:

  • Kancil
  • Kembara
  • Honda Jazz
  • KIA

Untuk kereta yang menggunakan petrol, mereka akan mendapat tempoh waranti selama 12 bulan (4 bulan jika anda menggunakan kenderaan diesel atau tujuan komersial).

Kesimpulannya, setiap pemilik kenderaan mesti serba sedikit tahu tentang bateri kereta untuk kelancaran sepanjang perjalanan. 

Jika anda masih ragu-ragu dan ingin bantuan daripada pakar bateri, anda boleh merujuk kepada Faisal Battery!

Kami merupakan syarikat berasaskan teknologi yang dipercayai pelanggan untuk menawarkan servis yang terbaik.

Untuk pengetahuan anda, Faisal Battery ada menyediakan servis menukar bateri kereta kong dimana-mana anda berada. 

Kami juga bersedia untuk menggantikan bateri kereta di rumah anda tanpa mengenakan caj penghantaran!

Berikut adalah sebab-sebab lain anda perlu memilih kami:

  • 7 tahun pengalaman dalam penggantian dan pemasangan bateri kereta
  • Repeat customers yang ramai
  • 15 minit siap
  • Respon yang pantas

Untuk info lanjut tentang Faisal Battery sila layari laman web kami di sini

Leave a Comment

Scroll to Top