bateri kereta terbaik

Bateri Kereta Terbaik Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sebagai seorang pemilik kereta, anda pasti ingin tahu maklumat mengenai bateri kereta terbaik. 

Ia amat penting, lebih-lebih lagi apabila anda pertama kali memiliki kenderaan roda empat ini. 

Secara umumnya, anda boleh dapatkan info seperti ciri-ciri bateri kenderaan yang lemah di laman sesawang. 

Tetapi, kami akan berkongsi beberapa info mengenai bateri kereta terbaik di dalam artikel ini.

Dengan ini, anda boleh merancang perjalanan jarak jauh dan tarikh untuk melakukan service pada kenderaan anda. 

Bak kata pepatah, better safe than sorry, betul? 

Ikuti artikel ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. 

Tempoh “Sihat” Bateri Kereta 

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi info penting mengenai tempoh bagi bateri kereta. Seperti yang anda tahu, bateri kereta terbahagi kepada 4 jenis iaitu: 

  1. Bateri basah 
  2. Bateri kering 
  3. Bateri Enhanced Flooded Battery (EFB)
  4. Bateri Absorbent Glass Mat Battery (AGM) 

Setiap jenis bateri ini mempunyai ketahanan dan jangka masa yang berbeza. 

Sebagai contoh, bateri kereta basah, kering dan juga EFB kebiasaannya mampu bertahan antara 1 tahun sehingga 1.5 tahun. 

Tetapi, untuk bateri AGM pula, ia mampu bertahan sehingga 5-6 tahun. 

Daripada segi ketahanan saja, kita sudah tahu bahawa bateri kereta jenis ini lebih mahal daripada yang lain. 

Mana tidaknya, bateri kereta ini boleh didapati untuk kenderaan continental seperti Mercedes, BMW, Audi dan sebagainya. 

Tambahan info, harga sebiji bateri kereta ini bermula daripada RM900. 

Artikel berkait:

Ada Yang Masih Tidak Tahu Mengenai Bateri Kereta? Jom baca lebih lanjut.

Cara-cara Memilih Bateri Kereta Terbaik

Seperti yang dinyatakan di atas, setiap jenis bateri kereta mempunyai jangka hayat yang berbeza. 

Jadi, kami akan berkongsi beberapa tips penting ketika anda memilih bateri kereta yang terbaik untuk kenderaan anda. 

  • Jenis bateri kereta 

Setiap jenis bateri kereta memerlukan penjagaan yang rapi serta berlainan antara satu sama lain. 

Untuk itu, kami sudah menyediakan artikel yang menjelaskan jenis-jenis bateri kereta dengan lebih mendalam. 

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat penting mengenai cara penjagaannya. 

  • Spesifikasi Bateri Kereta 

Ketika kita ingin membeli smartphone, kita akan meneliti ciri-ciri dan spesifikasinya terlebih dahulu, betul? 

Jadi, anda boleh menggunakan cara yang sama ketika memilih bateri kereta terbaik. 

Setiap spesifikasi memberikan hasil performance kereta yang berbeza.

Berikut merupakan spesifikasi bateri kereta yang perlu anda tahu: 

  • Cold Cranking Amps (CCA)

Cold Cranking Amps

Buat anda yang baru berjinak dalam dunia kenderaan, cranking amps  merujuk kepada bacaan jana kuasa bateri untuk menghidupkan kereta. 

Cold Cranking Amps (CCA) pula ialah bacaan ketika bateri kereta dalam suhu yang sejuk. 

Untuk kereta-kereta di Malaysia, bacaan CCA ini boleh dijadikan sebagai faktor external atas sebab suhu di sini adalah lebih panas. 

  • Reserve Capacity (RC) 

Ia merupakan “penanda” yang menentukan jangka hayat bateri kereta mampu berfungsi sekiranya alternator rosak. 

Penandanya adalah dalam bentuk nombor (minit). Contohnya, RC 30 = 30 minit.

  • Kod bateri kereta 

kod bateri kereta

Tahukah anda mengenai kepentingan memilih saiz bateri kereta yang betul?

Ini bertujuan untuk elak terjadinya litar pintas, kekurangan kuasa pada kenderaan dan sebagainya. 

Saiz bateri kereta boleh ditentukan dengan bacaan kod bateri itu sendiri. Kami akan turutkan contoh di bawah ini: 

Bateri saiz: NS60 

NS60R- Right terminal

NS60L- Left terminal  

NS60RST- Right-small terminal

NS60LST- Left-small terminal 

Kedudukan terminal ini penting dalam menentukan jangka hayat bagi sesebuah bateri kereta dan atas faktor keselamatan pemandu. 

Bateri Kereta Terbaik Untuk Anda 

  • Century Ultramax 

bateri kereta

Century Ultramax amat unik kerana ia merupakan bateri kereta yang pertama mempunyai certification daripada SIRIM. 

Yang lebih menarik ialah ia mempunyai waranti selama 21 bulan! 

Selain itu, ia berfungsi untuk meminimumkan pembuangan gas. Ini dapat mengelakkan daripada terjadinya percikan yang boleh mengakibatkan letupan. 

Ia memiliki case bateri yang amat kebal bagi tujuan untuk mengurangkan getaran serta meningkatkan ketahanan daripada hentaman. 

Bateri kereta ini amat sesuai untuk kereta premium model lama. Hal ini kerana kereta model ini mempunyai kapasiti bateri yang tinggi.

  • Century Roadmaster 

bateri kereta

Bateri Century Roadmaster ini bersesuaian untuk kereta model Honda, Toyota, Perodua, dan Proton. Warantinya adalah selama 15 bulan.

  • Amaron Go

bateri kereta

Amaron Go ialah sejenis bateri kereta yang “mesra” dengan kereta lokal dan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrikal rendah. Antara jenis-jenis kereta yang boleh menggunakan bateri ini ialah: 

  • Alza
  • Axia
  • Myvi
  • Bezza 
  • Honda Jazz
  • BR-V
  • KIA 
  • Picanto 

Bagi bateri ini, warantinya adalah selama 18 bulan ataupun apabila kenderaan anda sudah mencecah 30,000 kilometer perjalanan. 

  • Varta Black Dynamic

bateri kereta

Varta Black Dynamic bersesuaian dengan pelbagai model kereta antaranya ialah Honda City, Honda Jazz, Alza, Viva, dan juga Axia. 

Ia tidak memerlukan penyelenggaraan yang terlalu kerap seperti menambah air. 

Meskipun anda perlu menukar bateri setelah kenderaan mencecah jarak perjalanan 20,000 kilometer, bateri ini mempunyai voltan 12V serta 315 CCA. 

Jom baca juga

Cara Jumper Bateri Kereta Dengan Betul

  • Bosch Battery 

Bosch bateri amat bersesuaian untuk kereta model Honda, Toyota Altis, Nissan Grand Livina, dan Almera. 

Sama seperti Varta Black Dynamic, Bosch Battery juga tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap. 

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri flame arrestor, iaitu perlindungan daripada terjadinya percikan api pada bahagian hadapan kereta. 

Kesimpulannya, sebagai seorang pemilik kenderaan, anda perlu mengambil tahu mengenai bateri kereta terbaik. 

Anda perlu mengetahui ciri-ciri bateri serta ketepatan saiz yang bersesuaian agar kereta anda dapat bergerak dengan lancar. 

Jika anda tidak pasti mengenai hal ini, anda boleh merujuk kepada yang lebih berpengetahuan seperti Faisal Battery! 

Kami merupakan syarikat berasaskan teknologi yang bertujuan memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan.

Antara jenis bateri kereta yang boleh didapati di Faisal Battery adalah seperti berikut:

  • AMARON 
  • CENTURY
  • BANNER RUNNING BULL
  • VARTA

Faisal Battery menyediakan lebih dari 35 jenis bateri yang anda boleh pilih untuk kereta anda. Jika anda mencari yang sesuai, sudah pasti anda boleh jumpa di sini!

Selain dari sebab-sebab di atas, ini juga meruapakan antara sebab lain anda perlu memilih kami:

  • 7 tahun pengalaman dalam penggantian dan pemasangan bateri kereta.
  • Repeat customers yang ramai.
  • 15 minit siap.
  • Respon yang pantas

Sila layari laman web kami di sini untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Scroll to Top